Udang kara terlepas dari kolam ternakan rezeki musim bah - Utusan Malaysia

Udang kara terlepas dari kolam ternakan rezeki musim bah

HASIL tangkapan udang kara yang terlepas dari kolam ternakan yang ditangkap penduduk di Batu 28 Kahang, Kluang, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kejadian banjir baru-baru ini membawa rezeki terpijak kepada penduduk sekitar Batu 28 Kahang, di sini apabila sebuah kolam ternakan udang kara dinaiki air sekali gus menyebabkannya terlepas ke kawasan sekitar.

Harga ternakan itu mencecah sehingga RM80 sekilogram berbanding harga pasaran sehingga RM120 sekilogram mengikut gred udang kara berkenaan.

Ia adalah kali kedua dialami penduduk berkenaan selepas kejadian banjir pada 2006 yang menyebabkan kawasan ternakan ikan talapia merah dibanjiri dan ikannya terlepas ke kawasan sama.

Seorang penduduk, Mohd. Azhar Mashodi, 42, berkata, mereka sedia maklum mengenai keadaan di kolam ternakan itu dan sudah bersedia dengan jaring masing-masing walaupun menyedari ada risiko bermain air selepas banjir.

“Penduduk seperti berpesta ‘lobster’ kerana masing-masing tak mahu melepaskan rezeki terpijak ini sejak banjir mula reda sedikit.

“Saya baru sahaja datang ke sini pagi ini dan dikira lambat sebab ramai rakan sekampung datang sejak malam semalam.

“Kejadian kolam udang karang ini dinaiki air banjir adalah kali kedua selepas pada 2006 dahulu kami berpesta ikan talapia merah.

“Waktu itu, ikan talapia berkenaan menunggu hari untuk dituai sahaja dan saiznya memang besar. Disebabkan banyak, ada penduduk yang menjual sehingga RM10 untuk tiga ekor,” katanya.

Sementara itu, dalam tinjauan di lokasi kejadian semalam mendapati pelbagai peringat ke lokasi membawa peralatan tangkapan masing masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya