Tiga lelaki ditahan selepas video pecah rumah tular - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan selepas video pecah rumah tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis menahan tiga lelaki selepas video salah seorang daripada mereka yang didakwa kaki pecah rumah tular di Facebook, semalam.

Ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditahan di sekitar Jalan Datuk Kumbar, di sini kira-kira pukul 11.15 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, hantaran mengenai salah seorang suspek itu dibuat di Facebook Penduduk Kuala Kedah semalam.

“Dalam penahanan itu, kita turut merampas sebungkus plastik mengandungi daun ketum,” katanya di sini semalam.

Semalam, tular satu klip video dalam laman Facebook Penduduk Kuala Kedah (Original) memaparkan seorang lelaki berada dalam keadaan panik setelah tindakannya mengambil barang dari rumah penduduk setempat dipersoalkan sambil dirakam individu lain.

Dalam nada kasar, lelaki terbabit meminta supaya dirinya tidak dirakam selain meminta perakam video tersebut tidak masuk campur dalam hal itu.

Menurut Ahmad Shukri, ketiga-tiga suspek didapati mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah dan dadah serta positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua mereka ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN