Tidak mustahil UMNO tubuh pakatan baharu -Tajuddin - Utusan Malaysia

Tidak mustahil UMNO tubuh pakatan baharu -Tajuddin

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak mustahil UMNO membentuk pakatan baharu lagi-lagi dengan PKR dan DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini berdasarkan pendirian majoriti akar umbi parti yang menolak daripada terus bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

“Kalau UMNO, PKR dan DAP? Tiada apa yang mustahil dalam politik, tak boleh nak tolak kemungkinan.

“Tidak semestinya “No Anwar No DAP”, kalau sudah hilang kawan, kena cari kawan baharu. Tak bermakna keputusan UMNO sebelum ini tidak boleh diubah,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Tajuddin memberi jaminan bahawa UMNO tetap  mempertahankan raja-raja, kedudukan Melayu dan agama Islam di negara ini.

“Apa juga pendekatan diambil, dengan siapa yang nak bekerjasama dan selagi matlamat perjuangan UMNO tak dikompromi serta agenda Melayu, Islam, raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa tak dikompromi, apa salahnya?” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob meletakk jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa Rabu ini akan mencetuskan lebih banyak tindakan serupa daripada Ahli Parlimen UMNO yang lain.

“Tanpa sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO, PN tak boleh berdiri tegak. Ahmad Jazlan mungkin dah tunjuk henti sokongan kepada PN.

“Kalau perkara ini berterusan tak tahulah berapa orang lagi tarik diri. Saya percaya ia pencetus, kemuncak tidak puas hati UMNO terhadap Bersatu yang jadi teraju kerajaan PN,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya