Thaipusam disambut sederhana - Sultan Selangor - Utusan Malaysia

Thaipusam disambut sederhana – Sultan Selangor

SULTAN Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Hari Thaipusam disambut secara sederhana di rumah masing-masing dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sultan Sharafuddin bertitah, sudah menjadi tradisi sejak sekian lama cuti umum diisytihar di Selangor pada Hari Thaipusam.

“Beta menitahkan supaya bagi yang terpilih untuk menyertai pergerakan kenderaan membawa pedati ke Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves agar mematuhi SOP ketat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Melihat kepada statistik terkini di Selangor sejak dua bulan lalu dengan peningkatan ketara kes positif Covid-19 dan jumlah kematian yang meningkat secara drastik, beta juga menasihatkan agar semua rakyat terus mengikuti garis panduan yang telah dinyatakan dengan tegas oleh pihak berkuasa,” titahnya.

Baginda bertitah dalam perutusan sempena Hari Thaipusam di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini.

Pada masa sama, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berharap perayaan Thaipusam kali ini tetap diraikan dalam suasana harmoni dan aman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN