Tangguh bayaran pinjaman PTPK tiga bulan - Utusan Malaysia

Tangguh bayaran pinjaman PTPK tiga bulan

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dilanjutkan sehingga 31 Mac ini kepada peminjam yang layak.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, penangguhan tiga bulan itu melibatkan bayaran balik pinjaman berjumlah RM9,516,798.90 yang memberi manfaat kepada 72,747 bilangan akaun.

Katanya, ia berikutan terdapat peminjam PTPK yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

“Kementerian amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan serta kesukaran hidup dihadapi sebilangan peminjam PTPK yang kehilangan pekerjaan susulan
pandemik Covid-19 selain bencana banjir di negeri baru-baru ini.

“Penangguhan bayaran ini juga diharapkan menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial dapat membantu meringankan beban yang ditanggung peminjam PTPK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, peminjam PTPK terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui borang penangguhan yang boleh diisi di laman sesawang PTPK mulai 15 Januari lalu hingga 31 Mac 2021.

“Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut peminjam boleh mengemukakan email kepada [email protected] atau [email protected],” katanya.

Selain itu, maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui laman web rasmi PTPK, www.ptpk.gov.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya