Tanah runtuh di Jalan Kuantan-Segamat  - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di Jalan Kuantan-Segamat 

TANAH runtuh di Jalan Kuantan-Segamat di Kilometer 63 dan 73 ekoran hujan lebat dan air bukit yang terlalu deras di lokasi berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Laluan Kuantan-Segamat di Kilometer 63 dan 73 di sini ditutup sementara ekoran kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat dan air bukit yang terlalu deras di lokasi berkenaan. 

Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa ataupun kemalangan kenderaan di lokasi terbabit. 

Penutupan itu dibuat kepada semua kenderaan bagi membolehkan kerja baik pulih dijalankan. 

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Razli Mohd. Yusof berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian tanah runtuh di laluan berkenaan pada pukul 10 pagi hari ini. 

Katanya, orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif sementara jika hendak ke Segamat, Pekan dan Kuantan. 

“Dari arah Segamat, pengguna jalan raya dilencongkan ke Jalan Leban Chondong (Muadzam Shah)-Rompin-Nenasi-Pekan-Kuantan.                                                 

“Dari arah Gambang dan Kuantan, semua pengguna jalan dilencongkan ke Jalan Pekan- Paloh Hinai-(Bandar Pekan)-Leban Chondong (Rompin)-Muadzam Shah-Segamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya