Susahnya dapat minyak masak paket  - Utusan Malaysia

Susahnya dapat minyak masak paket 

Seorang pembeli melihat rak menempatkan minyak masak bersubsidi yang kosong di sebuah pasar raya di Shah Alam, Selangor beberapa bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengguna di daerah ini mendakwa mereka menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram berikutan berkurangan stok bahan masakan itu di pasaran sejak awal tahun ini.

Malah beberapa pasar raya dan kedai runcit kini mengehadkan pembelian minyak pasak paket antara satu hingga dua paket bagi setiap pelanggan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, bekalan minyak masak paket berkurangan apabila orang ramai yang sebelum ini membeli minyak dalam botol beralih membeli minyak paket kerana minyak dalam botol naik  harga.

Menurutnya, harga minyak masak botol lima kilogram (kg) sebelum ini sekitar  RM18.70 sebelum  meningkat kepada RM27 pada awal bulan ini.

“Pengguna yang ingin berjimat membeli minyak masak paket yang dijual dengan RM2.50 sekilogram setiap paket.

“Keadaan tersebut menyebabkan berlaku permintaan tinggi terhadap bekalan minyak masak paket,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan bekalan minyak di Pasar Besar Alor Setar di sini semalam.

Selain itu, Mohamad Yusrizal berkata, kekurangan bekalan minyak masak paket juga didakwa berpunca daripada tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengurangkan kuota bekalan minyak masak di daerah ini.

Menurutnya, pihaknya difahamkan KPDNHEP  mengurangkan kuota bekalan minyak masak di pasaran bagi daerah ini antara 15 hingga 20 peratus bermula bulan ini.

“Kuota bekalan minyak masak untuk memenuhi pasaran di daerah Kota Setar sebelum ini ialah 30,000 peket sebulan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya mengharapkan KPDNHEP dapat mengekalkan kuota minyak masak tersebut seperti sebelum ini.

Pada masa sama, katanya, pengguna juga dinasihatkan supaya membeli minyak masak mengikut keperluan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya