SPRM kaji tambah baik skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI)

SPRM kaji tambah baik skor CPI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia meneliti dan mengkaji terlebih dahulu pelbagai cadangan penambahbaikan berkaitan bidang kuasanya.

Ia susulan kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi 2020 yang jatuh enam tangga kepada ke-57 berbanding ke-51 pada 2019 daripada 180 buah negara.

“SPRM mengambil maklum skor Malaysia seperti diumumkan Transparency International (TI) semalam dan akan menilai segala cadangan penambahbaikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Berlin, Jerman dan ditubuhkan pada 1993 itu meletakkan Malaysia terburuk dalam tempoh 10 tahun, malah luar jangkaan banyak pihak.

Di peringkat rantau Asia Tenggara, Malaysia berada kedudukan ketiga selepas Singapura dan Brunei. Kali terakhir Malaysia merekodkan skor terlemah ialah pada 2011 iaitu di posisi ke-60.

Negara pernah mencatatkan kedudukan terbaik posisi ke-46 pada 2016 sebelum jatuh apabila berlaku peralihan kerajaan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan pada 2018.

Mengulas lanjut, SPRM menerusi kenyataan itu menambah, pihaknya bersedia menyelidik usul penambahbaikan dikemukakan TI Malaysia dalam usaha pencegahan rasuah negara ini.

“Ini juga bagi menyumbang kepada skor CPI yang lebih baik kepada Malaysia pada masa depan,” katanya merujuk kenyataan Presiden TI Malaysia, Dr. Muhammad Mohan semalam.

Dalam pada itu, SPRM turut menyambut baik maklum balas positif berhubung CPI 2020 yang berkaitan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM.

Ini ujarnya termasuk siasatan kes-kes berprofil tinggi yang sedang berjalan namun agensi itu tidak menyatakan secara spesifik pendakwaan individu tertentu di mahkamah pada ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya