Siasatan kes Illi Najwa masih berjalan - Utusan Malaysia

Siasatan kes Illi Najwa masih berjalan

TOSRIN Jarvanthi (kiri) memberi pengesahan dokumen penduduk pada program kaunter terbuka DUN Bukit Permai di Bandar Putra Kulai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) perlu melakukan siasatan terperinci kes perkahwinan kontroversi membabitkan wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique dengan kapten pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar sebelum membuat sebarang makluman.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, siasatan masih berjalan dan perkembangan mengenainya belum boleh dihebahkan kepada umum.

“Biarlah JAINJ melengkapkan siasatan terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat selepas ia diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,” katanya ketika ditemui di kaunter terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai di Bandar Putra Kulai, di sini semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary memberitahu siasatan kes perkahwinan Illi Najwa dengan Manpreet itu akan diserahkan kepada JAINJ.

Beliau berkata, pihaknya belum ada kepastian sama ada Illi Najwa sudah kembali ke Malaysia selepas dilaporkan berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab, India, Disember lalu.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan akan memanggil Illi Najwa bagi mendapatkan penjelasan berkaitan status agama pasangan berkenaan sekiranya wanita dia pulang ke negara ini.

Pada bulan lalu, Sultan Johor turut menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan.

Dalam satu video yang tular di media sosial, kelihatan Manpreet mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban manakala Illi Najwa pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya