SEREMBAN: Bermula untuk mengisi waktu terluang, minat mengumpul barangan antik sejak 20 tahun lalu menjadi aktiviti mengeratkan hubungan keluarga seorang eksekutif, di sini. Ridzwan Darus, 53, berkata, pada mulanya hanya dia yang berminat mengumpul barangan antik namun lama kelamaan diikuti isteri dan anaknya. Sehinggakan rumah mereka di Taman Panchor Jaya, dekat sini penuh dengan koleksi barang antik yang dihias dan disusun rapi termasuk seterika tembaga, telefon lama dan pinggan. Bekerja sebagai eksekutif di sebuah kilang, Ridzwan berkata, dia mula mengumpul barangan antik hanya untuk mengisi masa selepas mengalami masalah kesihatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya