Segamat dilanda banjir termenung - Utusan Malaysia

Segamat dilanda banjir termenung

JOHOR BHARU 16 JAN 2021- Keadaan terkini banjir di johor. UTUSAN/AIMY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 76 mangsa banjir daripada 20 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak di Segamat, Johor masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran rumah mereka ditenggelami air banjir termenung.

Salah seorang mangsa, Fendy Iskandar, 20, berkata, selain kawasan rumah dilanda banjir lumpur, kini mereka berdepan pula masalah banjir termenung sejak tiga minggu lalu.

“Hujan lebat luar biasa sudah berkurangan sejak beberapa hari lalu namun air bah kekal bergenang di sekitar rumah.

“Air banjir termenung sedalam 0.3 meter masih ada, tak tahulah ambil masa berapa lama nak surut. Kami dah tiga minggu di PPS, harap cepatlah air surut,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa , Maheran Adon, 78, mengakui berasa bimbang kerana air masih bertakung di halaman dan belakang rumahnya.

“Saya sudah bersihkan bahagian dalam rumah selepas air surut sejak beberapa hari lalu tetapi pagi ini air banjir masih bertakung,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, sehingga kini seramai 93 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS seluruh negeri ini.

Katanya, mereka terdiri daripada 23 keluarga yang masih terjejas membabitkan daerah Segamat dan Batu Pahat.

Di PAHANG, bilangan mangsa banjir di Pekan mencatat penurunan kecil setakat pukul 5 petang semalam, meskipun keadaan cuaca cerah sepanjang hari.

Info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, daerah itu masih mencatat bilangan tertinggi 2,679 mangsa yang ditempatkan di 27 PPS membabitkan 765 keluarga.

Empat daerah lain yang belum surut sepenuhnya pula masing-masing mencatat bilangan di bawah angka 1,000 mangsa termasuk Kuantan dengan 776 orang.

Maran pula mencatat baki mangsa seramai 935 orang yang masih ditempatkan di 17 PPS, diikuti Bera (178 orang) serta Temerloh (35 orang).

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan, hanya stesen amaran banjir di Paloh Hinai, Pekan mencatat bacaan 11.17 meter yang melepasi paras bahaya 10.3 meter. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya