Sanggup sogok RM2,900 elak dicekup - Utusan Malaysia

Sanggup sogok RM2,900 elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sanggup bayar RM2,900 asalkan tiada sebarang tindakan diambil. 

Itu tindakan dua lelaki didapati memiliki ganja yang mahu menyogok polis,  bagaimanapun perbuatan itu gagal apabila mereka ditahan semalam.

Dalam tangkapan kira-kira pukul 2.30 petang itu,suspek berusia 26 tahun dan 32 tahun  ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Jalan Klang Lama.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, ketika ditahan, kesemua suspek dikatakan memandu kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan dua balutan rokok mengandungi daun kering disyaki ganja.

“Suspek pada mulanya menawarkan sogokan RM400 kepada anggota polis bertugas bagi membolehkan mereka dilepaskan.

“Namun, suspek yang terdesak menaikkan sogokan kepada RM2,900 tetapi tetap tidak dihiraukan anggota polis yang kemudian menahannya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menguls lanjut, Anuar memberitahu, suspek kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut sebelum ditahan reman tiga hari.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan cubaan merasuah polis, suspek akan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya