Rugi RM200,000 ditipu sindiket Macau Scam - Utusan Malaysia

Rugi RM200,000 ditipu sindiket Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 37 tahun hanya menyedari ditipu sindiket Macau Scam setelah memindahkan wang sebanyak RM200,000 ke dalam satu akaun bank tidak dikenali dalam tempoh tiga hari sejak 15 November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Abdullah berkata, mangsa ditipu seorang individu yang menyamar sebagai anggota polis dari Sabah yang mula menghubunginya sejak Oktober tahun lepas.

“Polis Johor menerima laporan di Batu Pahat, semalam daripada seorang lelaki yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM200,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam yang menghubunginya dan memberitahu mangsa kononnya terlibat dengan kes penggubahan wang haram.

“Mangsa yang panik dan cemas mengikut arahan suspek yang memberitahunya perlu membuat pembayaran bagi membersihkan namanya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Salleh, setelah membuat pembayaran beberapa kali antara 15 November hingga 18 November tahun lalu, mangsa membuat panggilan ke Polis Sabah sebelum menyedari ditipu.

“polis mengingatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dan membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi pembayaran.

“Orang ramai juga diminta untuk tidak berasa panik sekiranya mendapat panggilan sedemikian kerana polis tidak akan menghubungi mana-mana individu untuk membantu menyelesaikan kes melalui panggilan telefon,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya