Rugi RM15,000 peralatan rumah, pakaian rosak - Utusan Malaysia

Rugi RM15,000 peralatan rumah, pakaian rosak

MUHAMMAD Saifudin Abdul Rahman, Roshaslinda Makhtar dan anak mereka, Muhammad Hasif menunjukkan pakaian sekolah yang rosak akibat banjir di Kampung Sepakat Baru, Skudai, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebuah keluarga di Kampung Sepakat Baru, Skudai di sini mengalami kerugian lebih RM15,000 apabila rumah mereka ditenggelami banjir dalam kejadian baru-baru ini.

Muhammad Saifudin Abdul Rahman 40, dan isterinya, Roshaslinda Makhtar, 34, menyifatkan kejadian yang dialami mereka sekeluarga ibarat mimpi buruk sambutan tahun baharu 2021.

Katanya, dalam kejadian 2 Januari lalu, rumahnya dimasuki air sehingga paras dada dan ia adalah kejadian banjir terburuk kali kedua dialami sejak 2006.

“Semua peralatan elektrik rosak, pakaian dan perabot memang tak sempat nak alih ke tempat tinggi.

“Baju, buku dan peralatan sekolah juga rosak,”katanya ketika ditemui dirumah semalam.

Muhammad Saifudin yang bekerja sebagai kontraktor bagaimana pun reda dengan apa yang berlaku kerana baginya ia ada hikmahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya