Rayu MBSA ganti palang elastik trafik - Utusan Malaysia

Rayu MBSA ganti palang elastik trafik

PALANG trafik elastik yang rosak di persimpangan T antara Persiaran Kayangan dan Persiaran Institut, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) digesa menggantikan palang elastik trafik yang rosak, patah dan mencacatkan pemandangan.

Aset yang dimaksudkan itu terletak di persimpangan T antara Persiaran Kayangan dan Persiaran Institut, Seksyen 7. Ia juga hampir dengan lampu isyarat SA 10, seperti di dalam gambar yang dirakam sendiri oleh penulis.

Ketiadaan palang elastik trafik yang berfungsi mengawal pergerakan kenderaan dan mengelak pemandu memotong barisan boleh menyebabkan berlaku kemalangan.

Kebanyakan kemalangan yang terjadi di persimpangan berbentuk T adalah kerana tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Sebenarnya, saya telah menghantar e-mel kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim pada 22 Disember lalu mengenai isu ini. Pun begitu, belum ada apa-apa tindakan yang diambil oleh MBSA sehingga kini.

Dengan laporan yang disiarkan dalam ruangan Forum ini, diharapkan aset yang rosak itu dapat diganti dengan serta-merta.

Tindakan pantas ini diharapkan akan membolehkan MBSA terus mencipta rekod cemerlang seperti diberi penarafan lima bintang oleh Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2018.

KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN