Raih RM80,000 sebulan hasil jual dadah - Utusan Malaysia

Raih RM80,000 sebulan hasil jual dadah

SAIFUL AZLY KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Raih RM80,000 sebulam hasil menjual dadah.

Itu pendapatan yang diperoleh dua lelaki hasil penyeludupan dadah dengan menggunakan kereta buruk sebagai stor penyimpanan bahan terlarang itu.

Kegiatan kedua-dua suspek berusia 36 dan 49 tahun itu terbongkar selepas mereka ditahan di dua lokasi berasingan sekitar ibu negara pada 4 dan 5 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, bertindak atas maklumat awam, seorang lelaki berusia 49 tahun di bahu jalan Kampung Batu Muda kira-kira pukul 5.40 petang.

Ujarnya, hasil pemeriksaan dua kenderaan di bawah kawalan suspek, polis berjaya menemukan dadah disyaki jenis ganja seberat 14,440 gram selain merampas RM1,070.

“Hasil soal siasat suspek pertama membawa kepada penahanan rakan kongsinya berusia 36 tahun di Taman Desa Petaling pada pukul 9.53 malam

“Soal siasat ke atas suspek kemudiannya membawa pihak kita ke kawasan tempat letak kereta sebuah residensi di Jalan Sungai Besi sebelum sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi diperiksa.

“Di situ, kita menemukan dadah disyaki jenis ganja seberat 63,754 gram yang dijadikan ‘stor’ penyimpanan bahan terlarang itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Dalam pada itu, tambah Saiful Azly, sebanyak tiga kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Volkswagen Golf dan Perodua Aruz turut disita.

“Kedua-dua suspek aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis ganja di sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lalu.

“Dengan tertumpasnya sindiket ini, kita berjaya menyekat bekalan kepada 265,654 penagih sekitar Lembah Klang dan nilai rampasan keseluruhan termasuk kereta berjumlah RM1.17 juta,” jelasnya.

Tambah Saiful Azly, hasil ujian air kencing mendapati suspek berusia 49 tahun positif dadah jenis Benzo dan mempunyai tujuh rekod dadah serta tiga rekod jenayah lampau manakala suspek kedua negatif dan mempunyai dua rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek direman masing-masing enam dan tujuh hari bermula 5 hingga 12 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya