PRU-15: Biar selesai Covid-19, banjir dahulu - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

PRU-15: Biar selesai Covid-19, banjir dahulu – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas tidak bersetuju dengan desakan UMNO untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) segera berikutan peningkatan kes Covid-19 dalam negara di samping banjir yang makin memburuk.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelaksanaan PRU-15 ketika negara masih bergelut dengan pandemik dan bencana bah hanya menambah bebanan rakyat.

“Biar selesai Covid-19 dan banjir dahulu. Takkan tengah banjir dan Covid-19 merebak hendak buat pilihan raya.

“Kita kena berbincang dengan pihak berkenaan termasuk dengan Kementerian Kesihatan terutama dalam suasana cuaca banjir yang tidak menentu kerana kita tidak mahu membebankan rakyat,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini.

Kelmarin, Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO menggesa agar PRU-15 diadakan sebelum suku pertama tahun ini berakhir bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, namun tertakluk kepada keadaan Covid-19.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi mengulangi pendirian Pas terus memperkukuh gabungan Perikatan Nasional (PN) di samping mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipertahan sebagai Perdana Menteri.

“Kita telah membina PN terus mengukuhkan gabungan itu, bukan untuk merobohkannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya