Politik Semenanjung jangan pengaruhi GRS - Utusan Malaysia

Politik Semenanjung jangan pengaruhi GRS

SALLEH SAID KERUAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkembangan politik di Semenanjung tidak sepatutnya mempengaruhi kerjasama yang erat antara parti komponen di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, adalah wajar untuk mandat diberikan rakyat kepada GRS yang memenangi 38 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, 26 September lalu terus dihormati dan dipertahan.

“Kita harus terus berbakti dan memastikan sokongan kepada kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Mohd. Noor diperkukuh.

“Keutamaan kita juga sebagai rakyat haruslah memastikan pembangunan Sabah terus berkembang. Sudah pastinya pandemik Covid-19 memberikan kesan besar kepada semua. Kita sudah mencapai lebih 2,500 kes sehari malah jumlah kes terkumpul mencecah 125,000 kes.

“Maka, tanggungjawab kita juga adalah untuk memastikan pandemik ini beransur pulih dan ekonomi kita terus berkembang seperti sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

16 September lalu, Perikatan Nasional bersama-sama Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bergabung membentuk GRS menawarkan sembilan teras Aku Janji atau manifesto pada PRN DUN Sabah.

Sembilan perkara dalam Aku Janji itu ialah hak negeri, infrastruktur, ekonomi, peluang pekerjaan, perkhidmatan awam, kesihatan, kemakmuran, pendidikan dan sumber manusia, keselamatan dan belia serta pembangunan wanita.

“Saya menyeru agar semua pihak berusaha bersama-sama untuk memastikan sembilan manifesto yang diumumkan pada pilihan raya negeri lalu ditunaikan walaupun kerajaan sudah melaksanakan beberapa perkara yang terkandung di dalamnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya