Polis Kulai selesai kes bunuh dalam tempoh 3 jam - Utusan Malaysia

Polis Kulai selesai kes bunuh dalam tempoh 3 jam

TOK BENG YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Kecekapan polis berjaya menyelesaikan satu kes bunuh melibatkan seorang lelaki warganegara Rohingya dalam tempoh tiga jam sahaja.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku di Taman Tan Yoke Fong, di sini pada pukul 9.14 malam, semalam.

Kata beliau, pihaknya mendapat laporan daripada seorang pengadu wanita yang memaklumkan terdapat seorang lelaki ditikam.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Kulai tmembuat dua serbuan sekitar daerah ini pada pukul 11 malam.

“Hasil serbuan itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita warganegara Myanmar berusia antara 20 tahun hingga 45 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan salah faham yang berlaku dalam keluarga.

“Polis juga merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu iaitu sebilah pisau panjang. Turut dirampas dalam serbuan itu sepasang pakaian, beg pinggang dan dua unit telefon bimbit.

“Kesemua suspek kini ditahan reman enam hari bermula hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Beng Yeow turut memuji kecekapan pegawai dan anggotanya yang menyelesaikan kes pembunuhan itu dalam tempoh tiga jam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya