PKP: Polis Perak laksanakan 53 SJR - Utusan Malaysia

PKP: Polis Perak laksanakan 53 SJR

MIOR FARIDALATHRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 53 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di seluruh Perak berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sekatan jalan raya tersebut melibatkan kawalan di sempadan negeri dan daerah dengan penugasan 1,822 pegawai serta anggota.

“Sebanyak 386 pasukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga digerakkan di seluruh negeri.

“Penugasan SJR dan pasukan pemantau itu dilakukan setiap hari dengan penglibatan 1,822 petugas barisan hadapan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata, semua pihak dinasihatkan supaya mematuhi setiap SOP dan peraturan yang ditetapkan.

“Kerjasama dan kawalan kendiri daripada masyarakat amat penting dalam memerangi penularan pandemik Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya