Pesakit Covid-19 terima notifikasi melalui MySejahtera - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 terima notifikasi melalui MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengguna MySejahtera yang didaftarkan sebagai kes positif Covid-19 di Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) akan diberi notifikasi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan “Push Notification”  bermula hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengguna itu akan mendapat nasihat dan pelan susulan penilaian kendiri serta menerima peringatan setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala di bahagian “Perlu dilakukan” bagi tempoh 10 hari berturut-turut. 

“Sekiranya pengguna bergejala, maklumat tersebut akan terus disalurkan ke Covid-19 Assessment Centre (CAC) dan pengguna akan dihubungi oleh petugas kesihatan untuk penilaian lanjut. 

“Bagi memperkasakan pengguna yang positif untuk melaporkan sendiri kepada kementerian, pengguna juga boleh membuat pelaporan kendiri sekiranya mereka disahkan positif dan sedang menunggu panggilan daripada  kementerian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, pengguna terbabit boleh ke MySejahtera HelpDesk di halaman utama aplikasi MySejahtera dan ikuti arahan di ruang G. 

“Orang ramai dinasihati untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera dan menggunakan sepenuhnya semua fungsi dalam aplikasi tersebut. 

“Adalah diharapkan dengan pengemaskinian aplikasi MySejahtera, pengurusan semua kes positif Covid-19 berjalan lancar dan memenuhi keperluan pengguna,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya