Perodua Viva terkandas dalam tanah runtuh - Utusan Malaysia

Perodua Viva terkandas dalam tanah runtuh

KENDERAAN jenis Perodua Viva yang terkandas dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kluang - Kota Tinggi berhampiran Taman Seri Impian, Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang pemandu kereta Perodua Viva bernasib baik apabila terselamat daripada kejadian tanah runtuh di Jalan Kluang – Kota Tinggi berhampiran Taman Seri Impian, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam, kenderaan tersebut terkandas dalam lumpur tanah runtuh yang melitupi kawasan seluas  kira-kira 30 meter.

Bagaimanapun, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, PBK II Jusoh Mohd. Salleh berkata, mangsa yang belum dikenal pasti berjaya dibawa keluar dari kenderaan tersebut oleh orang awam.

“Kesan tanah runtuh tersebut menyebabkan laluan di situ  tidak boleh dilalui.Perodua Viva tersebut terperangkap dalam tanah runtuh tersebut tetapi pemandunya bernasib baik kerana sempat diselamatkan orang awam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, laman sosial Jabatan Kerja Raya Johor memaklumkan penutupan jalan tersebut dan mencadangkan laluan alternatif bagi kedua-dua laluan  dilencongkan ke Jalan Persiaran Impian 1, Taman Seri Impian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya