Perigi  jadi `perangkap’ tuan rumah  - Utusan Malaysia

Perigi  jadi `perangkap’ tuan rumah 

SEORANG lelaki yang terjatuh perigi diselamatkan selepas menjerit meminta pertolongan sebelum didengari jirannya di sebuah rumah di Jalan Yew Chor, Chaah, Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Suara meminta tolong dari sebuah rumah di Jalan Yew Chor, Chaah, Labis membawa kepada penemuan seorang lelaki yang terjatuh ke dalam sebuah perigi awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.56 pagi, mangsa berusia 45 tahun yang tinggal bersendirian diselamatkan sepasukan polis dan bomba yang menerima laporan mengenai kejadian itu.

Difahamkan nasib mangsa disedari jiran yang terdengar suara orang  meminta tolong datang dari arah dapur rumah berkenaan.

Komander Operasi BBP Labis, Pegawai Bomba Kanan II, Sharfini Nasar berkata, semasa kami sampai, lelaki itu berada di dalam perigi agak berlumpur berkedalaman 3.5 meter.

“Anggota polis memecah pintu rumah mangsa yang berkunci dari dalam serta menggunakan tali untuk membawa mangsa keluar dari perigi itu,” katanya.

Sharfini berkata, mangsa tidak cedera namun berada dalam keadaan lemah dan kemudian diserahkan kepada ambulans untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, perigi berkenaan digunakan ahli keluarga mangsa bagi kegunaan dalam kediaman sejak puluhan tahun lalu.

Mangsa terjatuh ke dalam perigi semasa mahu mengambil air untuk mandi.

Bagaimanapun, semasa mengambil air, dia tiba-tiba  berasa pening sebelum terjatuh ke dalam perigi. Perigi tersebut agak berlumpur kerana kebelakangan ini kawasan tersebut kerap dilanda hujan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya