Perhilitan selamatkan rusa jantan patah kaki dilanggar kenderaan - Utusan Malaysia

Perhilitan selamatkan rusa jantan patah kaki dilanggar kenderaan

RUSA jantan yang patah kaki ditemukan di tepi Jalan Sungkai-Slim di Tanjung Malim, Perak, semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seekor rusa jantan ditemukan cedera patah kaki dan diselamatkan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri di Jalan Sungkai-Slim, di sini semalam.

Haiwan berusia antara 12 hingga 13 tahun seberat 120 kilogram itu ditemukan di tepi jalan pada pukul 9.20 malam.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, rusa yang patah kaki kanan di bahagian depan dan dipercayai dilanggar kenderaan itu dijumpai pegawai Perhilitan Tapah yang dalam perjalanan ke operasi menembak babi hutan.

Katanya, haiwan itu yang berada di tepi jalan kemudian diselamatkan pegawai berkenaan.

“Rusa itu dimasukkan ke dalam kotak sebelum dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, dua kes melibatkan haiwan liar mati dilanggar kenderaan.

Terbaharu pada 17 Januari lalu, seekor anak gajah jantan mati dipercayai dilanggar kenderaan berat di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli berhampiran kawasan simpang Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun, Gerik.

Khamis lepas, seekor harimau dahan ditemukan mati di Jalan Tapah-Bidor dipercayai dilanggar sebuah kenderaan berat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya