Penunggang motosikal maut rempuh lembu melintas - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut rempuh lembu melintas

KEADAAN kemalangan di Kilometer 33, Jalan Bahau-Kemayan, Jempol, Negeri Sembilan yang meragut satu nyawa pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh seekor lembu di Kilometer 33 Jalan Bahau-Kemayan, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, Mohd. Shaffick Jamaludin, 40, disahkan maut di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha beralamat di Felda Lui Muda dalam perjalanan ke Sungai Lui.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai melanggar seekor lembu yang melintas jalan. Kemalangan mengakibatkan penunggang meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Jempol yang hadir di okasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Chang Hook berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya