Penjawat awam rugi RM34,500 ditipu lelaki Vietnam - Utusan Malaysia

Penjawat awam rugi RM34,500 ditipu lelaki Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang penjawat awam kerugian  RM34,500 apabila menjadi mangsa penipuan kiriman hadiah selepas berkenalan dengan seorang lelaki Vietnam melalui laman sosial, Tagged pada awal tahun ini.

Lelaki  itu memperkenalkan dirinya dengan nama Tony Nguyen semasa mereka mula berkenalan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintenden Elias Omar berkata, mangsa berusia 34 tahun sudah berkahwin dan mempunyai dua anak mengenali lelaki itu pada 9 Januari lepas.

Menurut beliau, pasangan itu kemudian saling berhubung melalui aplikasi sembang, Line.

“Pada 15 Januari, suspek memberitahu mangsa yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan bahawa dia ingin mengirimkan barang seperti wang, kasut, pakaian, beg, minyak wangi, bunga dan pencuci muka sebagai tanda salam perkenalan.

“Pada 18 Januari, mangsa menerima e-mel daripada Excel Courier Delivery menyatakan barang tersebut sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini dan perlu membuat caj cukai serta kastam,” katanya.

Kata Elias, mangsa membuat transaksi ke dalam tiga akaun secara berperingkat pada 18 dan 19 Januari dengan nilai keseluruhan sebanyak RM34,500.

Bagaimanapun, katanya, hadiah yang ditunggu tetap tidak tiba menyebabkan  mangsa membuat laporan polis di Pendang. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya