Pengusaha spa kini jual ABC - Utusan Malaysia

Pengusaha spa kini jual ABC

NORAZNI Md. Tolah (kiri) bersama pekerja-pekerja spa yang kini berniaga minuman ABC dan mangga float di Simpang Kampung Bukit Kelulut, Jalan Bahau-Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. - MINGGUAN/NURULAZMA SYAFIQAH KHAIRUL AZHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Selain perniagaan gunting rambut dan salun yang masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengusaha spa juga mengalami hal yang sama.

Tidak terkecuali seorang pengusaha SPA di daerah ini, Norazni Md. Tolah, 39, yang menjalankan perniagaan spa sejak enam tahun lalu, namun berdepan cabaran getir sejak bermulanya penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Katanya, tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP memang membuatkannya buntu kerana perlu memikirkan kos membayar gaji pekerja dan sewa kedai.

“Bagaimanapun, sebagai seorang usahawan semestinya ini adalah cabaran yang harus dilalui dan perlu mencari jalan keluar demi memastikan perniagaan ini terus bertahan,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Kampung Bukit Kelulut dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Norazni, sebagai jalan keluar ketika ini, dia dan beberapa pekerja spa miliknya membuka gerai tepi jalan yang menjual minuman air batu campur (ABC) dan mangga float.

“Sejak bermulanya PKP, saya mengeluarkan modal untuk perniagaan ini. Tak sangka hari pertama dan seterusnya sambutan menggalakkan. Rezeki itu tidak pernah salah alamat apa yang penting kita perlu berusaha dan jangan malu,” jelasnya.

Tambahnya, semasa PKP dilaksanakan pada Mac tahun lalu, dia juga menjual hasil laut seperti ikan, sotong dan udang.

Nama penjual : Norazni Md. Tolah
Produk: ABC dan mangga float

Lokasi: Simpang Kampung Bukit Kelulut, Jalan Bahau-Batu Kikir, Jempol

Nombor Dihubungi: 017-683 6905

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya