Pengurangan kuota punca bekalan minyak masak terhad - Utusan Malaysia

Pengurangan kuota punca bekalan minyak masak terhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kekurangan bekalan minyak masak peket bersubsidi satu kilogram di beberapa daerah di negeri ini dipercayai berpunca daripada pengurangan kuota pengeluarannya sejak 1 Januari lalu.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Rae Morn Verak berkata, sebelum ini, sebanyak 19 syarikat pembungkus yang membekalkan minyak masak peket bersubsidi tersebut di negeri ini dengan jumlah edaran kira-kira 2,772 tan metrik sebulan.

Bagaimanapun, katanya, bermula bulan ini, empat buah syarikat pembungkusan minyak masak terlibat dikurangkan kuota.

Jelasnya, pengurangan kuota itu adalah disebabkan prestasi syarikat yang tidak mencapai kouta ditetapkan dan masalah-maaalah lain yang berkaitan.

“Kekurangan bekalan minyak masak tersebut dipercayai berlaku di kawasan-kawasan terlibat sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pada 17 Januari lalu, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff mendakwa pengguna menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak peket bersubsidi satu kilogram berikutan berkurangan stok bahan masakan itu di pasaran sejak awal tahun ini.

Malah, beberapa pasar raya dan kedai runcit kini mengehadkan pembelian minyak pasak peket antara satu hingga dua peket bagi setiap pelanggan.

Yusrizal berkata, bekalan minyak masak peket berkurangan apabila orang ramai yang sebelum ini membeli minyak dalam botol beralih membeli minyak paket kerana minyak dalam botol naik harga.

Dalam pada itu, Rae Morn berkata, pembelian minyak masak tersebut dalam kuantiti banyak menjadi juga antara punca bekalan tersebut habis di beberapa premis perniagaan termasuk pasar raya besar di negeri ini.

Jelasnya, peniaga memaklumkan terdapat peningkatan pembelian minyak masak peket yang kemungkinan berpunca daripada kenaikan harga minyak masak dalam botol.

“Pemeriksaan yang dilakukan di sebuah pasar raya besar di Mergong semalam mendapati bekalan minyak masak peket habis, bagaimanapun stok ditambah semula,” ujarnya.

Beliau berkata, hasil daripada siasatan juga mendapati hampir setiap premis yang diperiksa mempunyai bekalan minyak masak bersubsidi dan tidak berlaku terputus bekalan dalam tempoh lama. – ONLINE DONE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya