GUA MUSANG: Lebih 300 masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5, Pos Lebir di sini tidak sabar menikmati kemudahan telekomunikasi dan internet lebih baik, susulan rancangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membina sebuah menara di situ. Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, penduduk yang sekian lama berdepan dengan masalah perhubungan akibat capaian internet dan telekomunikasi, rata-ratanya teruja apabila diberitahu usaha bakal dilaksanakan SKMM itu dalam masa terdekat. Katanya, penduduk juga lega dan gembira kerana keluhan mereka mengenai masalah itu mendapat perhatian kerajaan serta diambil tindakan sewajarnya. “Sudah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya