Peletakan jawatan Ahmad Jazlan, peringatan untuk Bersatu usah perkecil UMNO  - Utusan Malaysia

Peletakan jawatan Ahmad Jazlan, peringatan untuk Bersatu usah perkecil UMNO 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Kelantan menghormati keputusan Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Keputusan itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama 12 ketua bahagian UMNO negeri berkenaan, hari ini.

Mereka menyifatkan keputusan yang dibuat Ahmad Jazlan adalah berprinsip dan tidak mementingkan diri demi mempertahankan maruah parti. 

“Kami juga berdiri teguh di belakang beliau dalam apa jua keputusan dan arahan oleh beliau kepada kami bagi mempertahankan UMNO.

“Tindakan ini juga sebagai peringatan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya jangan memperkecil dan membuli UMNO seolah-olah parti ini tiada maruah,” kata kenyataan itu.

Ahmad Jazlan Yaakob semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi MPOB iaitu sehari selepas beliau memberi kata dua kepada kerajaan PN agar segera membubarkan Parlimen atau dia akan melepaskan jawatan dalam kerajaan. 

Ia dilihat sebagai langkah drastik memandangkan Jazlan pada mulanya memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada PN.

Peletakan jawatan itu di saat pergeseran antara Bersatu dan UMNO kembali hangat, antaranya dengan 189 daripada 191 bahagian UMNO dilaporkan membuat keputusan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15). – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya