Pelaksanaan Banci 2020 bersemuka disusun semula - Utusan Malaysia

Pelaksanaan Banci 2020 bersemuka disusun semula

MOHD UZAIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) fasa kedua melibatkan temuramah secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari sehingga 6 Februari ini akan disusun semula.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, ia susulan perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) petang tadi.

Menurut beliau, dalam menyokong usaha membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 dalam negara, Jabatan Perangkaan sedang meneliti semula gerak kerja Banci Malaysia 2020 termasuk membuka semula platform e-Census (Banci Dalam Talian).

“Justeru orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci boleh mengambil peluang untuk mengisi maklumat banci di atas.

“Sehubungan itu, tarikh baharu pelaksanaan Banci Malaysia 2020 fasa kedua di seluruh negara akan dimaklumkan kepada umum kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, Mohd. Uzir yang juga Pesuruhjaya Banci 2020 berkata, bagi kawasan-kawasan selain PKP, pelaksanaan aktiviti di lapangan berkaitan Banci Malaysia 2020 dan survei-survei rutin masih diteruskan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, ia antaranya melibatkan pengemaskini penyenaraian tempat kediaman, aktiviti bersama komuniti dan penganjuran klinik e-Census di lokasi-lokasi terpilih.

“Justeru orang ramai dan syarikat-syarikat dimohon untuk terus memberi kerjasama kepada jabatan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya