Pekerja kilang maut tercampak keluar dari kereta - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut tercampak keluar dari kereta

KEADAAN kereta yang rosak teruk selepas terbabas dalam kemalangan yang meragut nyawa pemandunya di Jalan Tun Hussein Onn menghala ke Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini. - FB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH: Seorang pekerja kilang maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Tun Hussein Onn menghala ke Seberang Jaya di sini, kira-kira pukul 8.42 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mangsa, Muhammad Juffri Aidil Jamaluddin, 23, dikatakan turut tercampak keluar daripada kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu itu sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Beliau berkata, semakan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan mendapati kereta yang dipandu mangsa terbabas sebelum terbalik beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa terhumban keluar.

Katanya, ketika pasukan penyiasat sampai ke lokasi kejadian, kereta tersebut berada dalam keadaan melintang di atas laluan keluar stesen minyak berkenaan.

“Siasatan juga mendapati ketika kejadian cuaca baik dan jalan berada dalam keadaan lurus, rata dan berturap selain tiada kesan brek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya