Pecah pusat cuci kereta, polis tahan Mat Nen  - Utusan Malaysia

Pecah pusat cuci kereta, polis tahan Mat Nen 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki dikenali sebagai Mat Nen yang diburu polis kerana disyaki terlibat kes pecah premis cuci kereta  ditahan di Tikam Batu di sini semalam.

Mat Nen berusia 23 tahun melarikan diri selepas cuba ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Petani pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian  pukul 7.30 pagi itu, salah seorang anggota polis, Koperal Mahadir Elis, 38,  maut dilanggar sebuah motosikal ketika  mengejar suspek berhampiran lampu isyarat di Jalan Sungai Petani – Tikam Batu di Padang Temusu di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, 

suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan ketika mahu ditahan di sebuah stesen minyak di Tikam Batu di sini kira-kira pukul 6.30 petang, semalam.

“Siasatan  ke atas Mat Nen yang berasal dari Kampung Ceruk Kelubi, Sungai Pasir dekat sini mengaku terlibat melakukan pecah kedai bersama dua rakannya yang telah ditahan sebelum ini.

“Kita akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui penglibatannya dalam beberapa kes lain,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, suspek yang tidak bekerja itu didapati memiliki dua rekod jenayah berkaitan kes curi dan dadah.

“Suspek yang positif dadah jenis methamphetamine direman selama empat hari bermula hari ini dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah kedai,” katanya.

Utusan Malaysia pada 8 Januari lalu melaporkan seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan semasa mengejar seorang suspek kes pecah kedai berhampiran lampu isyarat di Padang Temusu di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya