Pajero Hospital Pasir Mas terbalik, pemandu cedera - Utusan Malaysia

Pajero Hospital Pasir Mas terbalik, pemandu cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) rasmi Hospital Pasir Mas terbabas sebelum terbalik di tengah jalan  berhampiran jejantas di Jalan Pasir Hor di sini pagi semalam.

Dalam nahas pukul 11.40 pagi, pemandu 4WD jenis Mitsubishi Pajero Wagon tersebut, Mohd. Redzuan Mohamed, 43, cedera di kepala, bahu kiri dan kaki kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri,  Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan  dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Mas.

“Sampai di lokasi, kenderaan tersebut dikatakan mengalami kerosakan mekanikal iaitu stereng terkunci dan pada masa sama brek tidak berfungsi sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu terbalik.

“Mangsa memandu seorang diri tanpa penumpang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata Mohd. Zamri, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian untuk rawatan  dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, kejadian tersebut tular di media sosial Facebook sejak malam tadi dan rata-rata warganet meluahkan simpati terhadap mangsa yang merupakan petugas barisan hadapan Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya