NGO bantu bersih rumah penduduk kampung - Utusan Malaysia

NGO bantu bersih rumah penduduk kampung

NGO membantu membersihkan rumah penduduk di Kampung Sepakat Jaya, Johor Bahru hari ini yang terjejas akibat kejadian banjir baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu membantu penduduk di dua buah kampung di daerah ini yang terjejas bencana banjir membersihkan kediaman mereka.

Seramai 26 sukarelawan dari Pertubuhan Ihsan Johor dan Pertubuhan Kebajikan Wawasan Johor Bahru membantu penduduk di Kampung Laut dan Kampung Sepakat Jaya, di sini membersihkan rumah mangsa yang terkena lumpur akibat banjir baru-baru ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ihsan Johor, Farrah Faridah Baptist, mereka mula menjalankan gotong-royong seawal 9.30 pagi sehingga pukul 3.30 petang.

“Bencana banjir yang melanda negeri ini memberi kesan buruk kepada mangsa yang terjejas terutama kerosakan harta benda yang menyebabkan mereka alami kerugian ribuan ringgit.

“Jadi, inisiatif kami membantu membersihkan rumah mereka adalah usaha kecil bagi meringankan beban yang ditanggung mereka ini.

“Tidak semua keluarga mempunyai kudrat untuk membersihkan kediaman yang kotori banjir lumpur kerana ada yang terdiri daripada golongan tua serta mereka yang mempunyai anak kecil,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Farrah berkata, sebanyak 16 rumah daripada dua buah kampung ini sudah berjaya dibersihkan sepenuhnya.

Tambahnya, kerja-kerja gotong-royong membersihkan rumah akan diteruskan keesokan hari untuk membantu lebih ramai mangsa yang terjejas. – UTUSAN ONLINME 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya