Musang terperangkap dalam bilik mesyuarat - Utusan Malaysia

Musang terperangkap dalam bilik mesyuarat

ANGGOTA bomba berjaya menangkap seekor musang pandan jantan di dalam bilik mesyuarat JKKN Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-Ihsan Bomba.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seekor musang pandan jantan ditemukan di sebuah bilik mesyuarat di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Negeri Sembilan dekat sini hari ini. 

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan, Mohd. Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.08 minit pagi dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian. 

“Bomba menemui seekor musang di dalam bilik mesyuarat yang terdahulu ditemui oleh seorang pekerja pembersih bangunan. 

“Kami mengambil masa 15 minit  menangkap haiwan itu menggunakan peralatan khas penyelamatan. Haiwan itu seterusnya diserahkan kepada Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan susulan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. 

Menurutnya, musang pandan itu ditemukan ketika pekerja pembersihan wanita mahu membersihkan bilik mesyuarat.

“Haiwan itu dikatakan sedang mencari jalan keluar sebelum saksi tersebut terus menutup pintu dan menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya