Motosikal diguna merempit dibakar dua pemuda - Utusan Malaysia

Motosikal diguna merempit dibakar dua pemuda

Abd Khalid Othman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara tidak tahan dengan bunyi bising dengan aktiviti merempit, dua lelaki membakar motosikal yang ditemui `tersadai’ di Jalan Aman Tambahan di Puchong baru-baru ini.

Katas sumber, kejadian itu berlaku pada pukul 6 petang, 17 Januari lalu membabitkan motosikal Modenas Kriss yang dibakar di dalam longkang di kawasan tersebut.

Berikutan kejadian itu, katanya, dua lelaki iaitu seorang penganggur dan seorang penjaga stor ditahan bagi membantu siasatan mengenai kejadian khianat itu.

“Penganggur berusia 24 tahun dan penjanga stor berusia 39 tahun ditahan pada 18 Januari di sekitar Kampung Sri Aman Tambahan,” kata sumber.

Terdahulu, pemilik motosikal tersebut terpaksa meninggalkan kenderaannya di tepi jalan kerana tiba-tiba rosak sebelum dia pulang mengambil peralatan membaikinya.

“Setengah jam kemudian, dia datang semula ke lokasi motosikal ditinggalkan tetapi dia terkejut melihat motosikal miliknya sedang terbakar,” jelasnya.

Sumber itu memberitahu, tidak lama selepas kejadian itu, pemilik motosikal itu menerima video menampakkan seorang lelaki memegang parang yang kemudian mencucuh api ke arah motosikal yang ada di dalam longkang.

Tambah sumber itu, siasatan polis terhadap dua lelaki yang ditahan, suspek-suspek mendakwa mereka memusnahkan motosikal tersebut kerana tidak tahan dengan pemiliknya yang kerap merempit di jalan kampung itu sehingga `menyakit telinga’ penduduk.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya,  Asisten Komisioner Abdul Khalod Othman mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya