Mohd. Redzuan negatif Covid-19 - Utusan Malaysia

Mohd. Redzuan negatif Covid-19

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas),  Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof disahkan negatif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan  semalam.  

Menurut kenyataan Pejabat Menteri itu, beliau menjalani ujian saringan Covid-19 selepas mendapat makluman  beliau menjadi kontak rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang  positif. 

Bagaimanapun, jelas kenyataan, kontak rapat kepada beliau dinasihatkan untuk tidak panik dan kekal tenang. 

“Beliau turut menasihati agar semua  kontak rapat kepada invidividu yang disahkan positif untuk membuat ujian saringan  Covid-19.  

“Orang ramai turut diseru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti saranan kerajaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Selain Mustapa, turut disahkan positif Covid-19 ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya