Misi SAR  Md. Rajihan masuk hari ketiga - Utusan Malaysia

Misi SAR  Md. Rajihan masuk hari ketiga

PASUKAN SAR meneruskan misi mencari Md. Rajihan Junaidi yang dilaporkan hilang selepas Proton Waja dinaiki dihanyutkan dalam kejadian di Batu 18, Kluang, Johor,  petang Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Misi mencari dan menyelamat (SAR) Md Rajihan Junaidi, 28, yang hilang dibawa arus banjir di Batu 18 Jalan Kluang-Mersing petang kelmarin, diteruskan pada pagi ini.

Dalam tinjauan di lokasi kejadian mendapati, misi SAR hari ketiga itu disertai pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Agensi Pertahanan Awam (APM).

Seramai 32 termasuk pegawai dan anggota semua agensi berkenaan terbabit dalam operasi itu yang turut menggunakan lima bot selain tiga lori dan kenderaan lain. 

Difahamkan, lokasi pencarian mangsa adalah sebuah kolam ternakan ikan dan kebun pisang dengan radius pencarian adalah sekitar 100 meter dari lokasi Proton Waja dipandunya ditemukan semalam.

Cuaca di lokasi kejadian hari ini baik dan dijangka memudahkan pihak berkuasa melakukan misi SAR. 

Terdahulu, Proton Waja dipandu Md. Rajihan Junaidi, 28, yang hanyut dibawa arus banjir berjaya dikesan di lokasi mangsa dilaporkan hilang pukul 6.10 petang semalam, namun pemeriksaan lanjut mangsa tidak ditemui di dalam kenderaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya