Mesyuarat khas UMNO: Pemimpin, ketua bahagian berkumpul di PWTC - Utusan Malaysia

Mesyuarat khas UMNO: Pemimpin, ketua bahagian berkumpul di PWTC

AHMAD Zahid Hamidi hadir pada Perjumpaan Presiden UMNO bersama Ketua-Ketua Bahagain UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin tertinggi dan perwakilan bahagian UMNO tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bagi menghadiri perjumpaan kas dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  yang berlangsung pada pukul 11 pagi ini.

Orang ramai dan petugas media dilihat mula berkumpul di luar Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2 di sini yang merupakan tempat mesyuarat itu diadakan. 

Antara yang awal tiba ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman,  Datuk Dr. Mohd Puad. Zarkashi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa ketua bahagian parti dari seluruh negara. 

Terdahulu, akhbar ini melaporkan 189 daripada 191 bahagian UMNO  menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Daripada jumlah tersebut, hanya dua bahagian yang menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan Bersatu iaitu satu di Kelantan dan satu lagi di Perlis berdasarkan kepada kenyataan kedua-dua pemimpin dari bahagian tersebut.

Keputusan itu hadir selepas UMNO mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO Bahagian Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri bahagian yang berlangsung secara serentak di seluruh negara selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya