Melaka luluskan 1,596 kenderaan rentas daerah - Utusan Malaysia

 Melaka luluskan 1,596 kenderaan rentas daerah

SHAHRUL Lalli Masduki (dua dari kiri) memeriksa dokumen seorang pemandu di SJR Tol Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/ DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis negeri ini meluluskan 1,596 buah kenderaan yang membuat permohonan untuk merentas daerah sepanjang empat hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shahrul Lalli Masduki berkata, kesemua yang diberikan kelulusan mengemukakan dokumen atau sebab kukuh termasuk atas urusan kerja, pendidikan dan kecemasan. 

“Bermula Rabu sehingga semalam, kita hanya meluluskan 1,596 permohonan bagi rentas daerah. 

“Bermula semalam juga, kita menjalankan penguatkuasaan rentas daerah dengan lebih tegas membabitkan pemeriksaan di kesemua 15 sekatan jalan raya (SJR) tetap  dan 11 SJR bergerak (mobile),” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau pemeriksaan SJR di Tol Ayer Keroh di sini, yang turut dihadiri Komander Artileri 3 Divisyen, Brigedier Jeneral Datuk Noor Sazali Puteh dan Komander Rejimen 514 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Datuk Yusof Jantan. 

Mengulas lanjut, Shahrul berkata, sehingga semalam sebanyak 17,392 buah kenderaan diperiksa dengan 74 daripadanya diarahkan berpatah balik. 

“Mereka berpatah balik selepas gagal menemukan dokumen kebenaran merentas daerah dan memberikan alasan yang tidak dikategorikan sebagai kecemasan, termasuk ingin menziarahi saudara-mara. 

“Bagaimanapun, berbanding pada hari pertama pelaksanaan PKP, kita dapat melihat masyarakat kini lebih matang dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila tiada kompaun membabitkan kesalahan rentas daerah dikeluarkan sejak hari kedua,” katanya. 

Sementara itu, Noor Sazali berkata, seramai 181 pegawai dan anggotanya ditempatkan di kesemua 15 SJR bagi membantu polis mengawal pergerakan keluar dan masuk kenderaan di negeri ini. 

“Kita juga mengerakkan sebanyak 15 buah kereta peronda (MPV) untuk memantau pergerakan orang awam. Pihak kami sentiasa bersedia untuk meningkatkan jumlah penguat kuasa mengikut keperluan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya