MBFM kerah jentera di peringkat wilayah bantu penduduk Felda terlibat banjir - Utusan Malaysia

MBFM kerah jentera di peringkat wilayah bantu penduduk Felda terlibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mengerah lebih 200 ahlinya di seluruh negara sejak minggu lalu bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di beberapa buah Wilayah Felda terlibat.

Presiden MBFM, Muhammad Fadzli Hassan berkata, usaha itu dilakukan menerusi misi bantuan yang dianjurkan MBFM kebangsaan dengan kerjasama MBFM wilayah-wilayah melalui bantuan pasca banjir selain sumbangan barangan keperluan harian.

“Di setiap wilayah kira-kira 50 orang ahli yang dikerah membantu penduduk-penduduk Felda yang terjejas banjir.

“Setakat ini wilayah terjejas ialah di Wilayah Terengganu, Wilayah Jengka, Wilayah Mempaga, Wilayah Johor Bahru dan di Chini yang mana pengaturan dibuat oleh MBFM wilayah.

“Kita bergerak dalam jumlah yang tidak ramai disebabkan Covid-19 MBFM,”katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Mangsa Banjir oleh Puspanita Felda, MBFM Kebangsaan, MBFM Wilayah Johor Bahru dan Felda Wilayah Raja Alias di Pejabat Felda Pasak, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ahli Jawatankuasa Puspanita Kecil Cawangan Felda Kuala Lumpur, Puziah Jamaluddin; Pengurus Felda Pasak, Z. Affandi Mohamed Ali; Ketua Unit Pembangunan Komuniti Felda Wilayah Raja Alias, Haslina Hassan dan Pengurus E Office Agro Plantations, Mohd. Noralam Sahroni.

Selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda, sumbangan turut diterima daripada syarikat swasta E Office Agro Plantations dalam usaha membantu meringankan beban warga Felda yang terjejas.

Sementara itu, Puziah berkata, Puspanita Felda bersimpati dengan bencana banjir yang dihadapi warga Felda sebelum mengambil inisiatif mengutip dana bagi membantu mangsa terlibat.

“Puspanita Felda memang setiap tahun membantu mangsa banjir, bahkan usaha ini sudah menjadi aktiviti tahunan buat kami.

“Pada hari ini semua barang yang kami berjaya kumpulkan termasuk sumbangan wang tunai diagihkan kepada empat Wilayah Felda terjejas di seluruh Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya