Mayat nelayan mangsa bot karam ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat nelayan mangsa bot karam ditemukan

HURANI Awang, ibu kepada Allahyarham Asaari Leh terpaksa dipapah ahli keluarga selepas menyaksikan mayat anaknya itu tiba di Jeti Maritim Kelantan, Pasir Puteh malam tadi. - TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan, mayat mangsa bot karam yang hilang dalam kejadian petang Khamis lalu ditemukan di Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu, petang semalam. 

Mayat Asaari Leh, 46, ditemukan terapung di perairan pulau tersebut oleh penduduk tempatan kira-kira pukul 5.30 petang.

Pengarah Agensi Penguat Kuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, mayat itu tiba di Jeti Maritim Kelantan, di sini pada pukul 10 malam tadi menggunakan kapal KM Tok Bali.

“Berdasarkan maklumat awal, berkemungkinan mayat nelayan tersebut mempunyai kaitan dengan kehilangan Asaari Leh selepas bot nelayan JHF 2398 tenggelam Khamis lalu. 

“Mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut termasuk dibawa ke Hospital Besut, Terengganu untuk pengecaman serta bedah siasat sebelum dituntut waris,” katanya dalam sidang akhbar di sini, malam tadi.

Sementara itu, kakak tiri mangsa, Rohana Mohamad, 52, ketika ditemui memberitahu, ahli keluarga telah membuat pengecaman dan mengesahkan mayat terbabit sebagai Asaari.

Dalam kejadian petang Khamis lalu, empat nelayan menyelamatkan diri dengan berenang sejauh 13 kilometer selama 14 jam ke Pulau Perhentian selepas bot dinaiki mereka karam dipukul ombak akibat cuaca buruk.

Salah seorang daripada mereka iaitu Asaari pula gagal dikesan dan dipercayai berenang ke pulau lain yang berdekatan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya