Mayat mangsa bot terbalik ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat mangsa bot terbalik ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Mayat wanita yang hilang dalam kejadian bot terbalik di Sungai Jelai ditemukan di Kuala Sungai Tanum, berhampiran Jambatan Kereta api Bukit Betong di sini. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, mayat mangsa, Nur Zakirah Ahmad Hussin,19, yang hilang sejak lima hari lalu ditemukan penduduk kampung kira-kira pukul 11 pagi ini.

“Mayat mangsa ditemukan berhampiran Jambatan Keretapi Bukit Betong yang terletak kira-kira 11 kilometer dari tempat kejadian di jambatan gantung Tanjung Gahai Sungai Koyan 

“Pihak polis bawa keluar mayat tersebut di bawah jambatan Bukit Betong,” katanya di sini hari ini.

Isnin lalu, dua beranak hilang dihanyutkan arus deras selepas bot dinaiki untuk melihat keadaan rumah mereka yang dinaiki air di Kampung Bertang terbalik.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, dua mangsa iaitu bapa dan seorang anak berjaya menyelamatkan diri manakala dua mangsa lagi yang merupakan ibu dan anak perempuan hilang dibawa arus.

Mayat seorang mangsa, Rozi Omar, 52, ditemukan tersangkut pada pokok pisang pada hari kedua kejadian.

Menurut Azli, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai agensi berkenaan ditutup pada pukul 12.45 tengah hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya