Maut terkena renjatan elektrik pegang tiang besi semasa banjir - Utusan Malaysia

Maut terkena renjatan elektrik pegang tiang besi semasa banjir

ISYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang besi di hadapan garaj kereta rumahnya di Kampung Paya Kechik, di sini semalam..

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Isyraf Muhammad, 41, sedang memerhati keadaan banjir hadapan rumahnya.

“Ketika sedang memerhatikan keadaan air hujan dan banjir di halaman rumah setinggi setengah kaki (0.15 meter), mangsa memegang tiang besi hadapan rumah.

“Secara tiba-tiba ibunya nampak yang anaknya (mangsa) telah terkena renjatan arus elektrik dan cuba membantu tetapi dalam masa yang sama ibunya telah terpelanting ke belakang,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, mangsa dibawa ke Klinik Padang Lalang Temerloh oleh abangnya sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat dan ibu mangsa mendapat rawatan di hospital sama.

Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan.

Jelasnya, hasil pemeriksaan luaran badan mangsa mendapati tidak terdapat sebarang kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Punca arus elektrik tersebut sedang disiasat dan pihak Tenaga Nasional Berhad telah dihubungi dan akan menjalankan siasatan di tempat kejadian,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya