Mangsa banjir Terengganu lebih 5,000 - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Terengganu lebih 5,000

ANTARA penduduk Kampung Belimbing, Jongok Batu di Dungun, Terengganu yang berpindah ke tempat selamat selepas rumah mereka ditenggelami banjir, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hujan berterusan di bahagian hulu di samping fenomena air pasang menyebabkan banjir di Terengganu bertambah buruk.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi ini, penduduk yang terjejas banjir melonjak kepada 5,243 orang melibatkan 1,326 keluarga berbanding 1,306 orang yang direkodkan pukul 6 petang semalam.

Katanya, situasi itu turut menyebabkan banjir merebak ke dua daerah lain iaitu Besut dan Setiu sekali gus menjadikan lima daerah di negeri ini ditenggelami air selain Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dengan keseluruhan 39 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi.

“Kemaman kekal daerah tertinggi selepas 4,074 mangsa membabitkan 988 keluarga dipindahkan ke 21 PPS.

“Pertambahan mangsa banjir turut direkodkan di Dungun dengan 849 orang diikuti Hulu Terengganu (219 mangsa), Besut (94 mangsa) dan Setiu (7 mangsa),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Che Adam berkata, paras air di beberapa sungai utama turut mencatatkan trend kenaikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya