Mangsa banjir Pahang melonjak lebih 9,000 - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Pahang melonjak lebih 9,000

LALUAN di hadapan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di Kuantan, Pahang, mula dinaiki air pagi tadi, sekali gus menyebabkan laluan di Jalan Kuantan-Pekan ditutup kepada kenderaan ringan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bilangan mangsa banjir di Pahang terus melonjak kepada lebih 9,400 orang pada pukul 10 pagi tadi berbanding 2,800 lewat petang semalam.

Peningkatan tersebut menyaksikan lebih 2,900 keluarga kini ditempatkan di 183 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan buah daerah.

Daerah ini mencatat bilangan terbanyak iaitu 2,387 mangsa, diikuti Maran (1,842 orang), Raub (1,471 orang), Jerantut (1,097 orang), Lipis (1,009 orang), Rompin (707 orang), Temerloh (576 orang), Bentong (219 orang) dan Pekan (133 orang).

Bilangan mangsa juga dijangka terus meningkat sehingga lewat petang ini berikutan kawasan-kawasan rendah dilaporkan semakin terdedah kepada limpahan sungai.

Sementara itu, sebanyak 12 stesen amaran banjir (SAB) mencatat bacaan melepasi paras bahaya termasuk di Sungai Jelai, Lipis serta Kuala Gandah di Temerloh.

Turut mencatat bacaan melepas paras bahaya ialah Sungai Lepar di Kuantan, diikuti Sungai Lipis di Raub serta Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di Jerantut.

Sungai Pahang di Temerloh pula berada pada aras amaran dengan bacaan 31.66 meter berbanding paras bahaya 33.00 meter. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya