Mangsa banjir di Johor terus menurun - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Johor terus menurun

ANGGOTA bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau membantu memindahkan beberapa penduduk di Kampung Sungai Padang, Endau, Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan penurunan dengan seramai 2,313 mangsa masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di beberapa daerah dalam negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah mangsa tersebut terdiri daripada 575 buah keluarga.

Ujarnya, setakat ini sebanyak enam daerah masih terjejas iaitu Johor Bahru, Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

“Jumlah itu berkurangan berbanding seramai 3,182 mangsa banjir yang direkodkan pada pukul 4 petang semalam.

“Sementara itu, Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling teruk terjejas ketika ini dengan seramai 1,110 mangsa masih ditempatkan di sembilan PPS yang masih dibuka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, daerah Pontian, Muar, Tangkak dan Kulai tidak merekodkan sebarang mangsa banjir ketika ini.

Tambah Vidyananthan, setakat pukul 8 pagi hari ini, dua jalan masih ditutup kepada pengguna iaitu Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi dan Jalan Haji Suhud di Johor Bahru.

Ujar beliau, orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ekoran negara masih dibelenggu pandemik Covid-19 ketika ini.

“Sementara itu, keperluan asas khususnya makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS seluruh negeri disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya