Lemas ketika selamatkan adik - Utusan Malaysia

Lemas ketika selamatkan adik

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengangkat remaja yang lemas di Batu Pahat, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun lemas selepas menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam parit di Jalan Taman Manis 6, Parit Raja di sini, lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Muhammad Naqiuddin Adnan sempat membawa adiknya ke tebing parit sebelum dia hanyut dibawa arus deras.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, PPgB Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 5.17 petang.

“Susulan itu sebuah jentera FRT dan Utiliti Pajero dari BBP Ayer Hitam dengan kekuatan keseluruhan seramai 11 anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) membuat tindakan SAR mangsa menggunakan teknik ‘surface searching’ dari lokasi mangsa lemas ke arah arus air yang bertentangan iaitu arah pintu air dengan jarak kira-kira satu kilometer,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Shamin berkata, mangsa ditemukan di dasar parit pada pukul 8.47 pagi hari ini dari lokasi awal mangsa dilaporkan jatuh.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 8.50 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya