Lelaki maut motosikal terbabas di LPT2 semasa konvoi - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal terbabas di LPT2 semasa konvoi

KEADAAN motosikal milik Jamaludin Zainalabidin selepas terbabas dan bergesel dengan besi penghadang jalan di Kilometer 386.4 Jalan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)  arah Bukit Besi-Ajil di Hulu Terengganu, Terengganu  hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang lelaki yang menyertai konvoi bermotosikal ke Terengganu maut selepas terbabas di Kilometer 386.4, Jalan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)  arah Bukit Besi-Ajil, di sini hari ini.

Dalam nahas kira-kira pukul 7.30 pagi itu, Jamaludin Zainalabidin, 38, dari Kampung Paya Pulai di Segamat, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian, mangsa yang dari arah Segamat ke Kuala Terengganu dipercayai menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR secara  bersama 19 penunggang motosikal lain.

Bagaimanapun, katanya, motosikal mangsa yang ditunggang di lorong sebelah kanan itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan bergesel dengan besi penghadang jalan.

“Siasatan awal mendapati mangsa terlibat konvoi 20 motosikal yang bertolak dari arah Segamat pada pukul 8 malam tadi menghala ke Kuala Terengganu, Terengganu untuk bersantai.

“Keadaan jalan raya licin akibat hujan lebat pada masa itu dan pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd. Adli, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya